Monday, September 26, 2011

i heart Islam!



Generasi baru pemangkin negara maju. Sehebat mana negara kita maju sehebat itu juga kita mahu anak bangsa kita maju. Maju teknologi maju jati diri. Semakin gah negara kita berdiri semakin banyak kedengaran gejala tidak sihat dikalangan warga negara kita. Dari rokok ke najis dadah, dari cinta ke sex luar nikah. Mabuk arak, rogol, cubaan bunuh diri, lari dari rumah, ponteng sekolah, mengandung anak luar nikah, buang bayi dan murtad menjadi topik hangat setiap kali berbicara soal anak bangsa.

Anak si orang kaya? Anak si orang miskin? Anak si tokoh koperat? Anak si penoreh getah? Berlainan latar belakang tetapi bila tiada asas agama yang kukuh semua menjurus ke arah yang sama. Si Mak Ayah salahkan bimbingan guru dan pengaruh rakan sebaya. Si Guru salahkan Mak Ayah dan tidak mahu menerima pelajar bermasalah bagi membersihkan nama baik sekolah. Agak-agak anak bangsa kita ni nak salahkan siapa? Salahkan Mak Ayah dirumah atau Guru disekolah? Mungkin pengaruh rakan sebaya membuatkan mereka rasa lebih selesa dan dihargai?

Ramai bertanya kenapa MERDEKA tahun ini kurang mendapat sambutan? Ada yang berkata anak bangsa kita tidak merasa kesusahan yang atok nenek kita rasa sebelum merdeka sebab itu anak bangsa kita kurang menghargai maksud sebenar merdeka. Kita diajar menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan tetapi adakah cara kita mengajar cukup untuk membentuk anak bangsa yang merdeka sepenuhnya?

Bila ada NGO yang bertekad membantu anak bangsa yang kecundang, janganlah kerajaan mengambil sambil lewa dengan pengorbanan mereka dengan membandingkan jasa kerajaan kepada rakyat. Bukankah itu tanggungjawab kerajaan membantu rakyat? NGO juga rakyat kan? Lebih focuskan masalah dalaman rakyat dari sibuk membina bangunan sana sini.

Bukan kita tidak bangga dengan pembangunan negara tercinta tetapi biarlah seimbang dari segi dunia dan akhirat. Dahulukan ilmu agama anak bangsa, Insyaallah, ada pencapaian yang lebih diberkati Allah SWT. I heart Islam. I heart Malaysia!

No comments:

Post a Comment